Monday, January 18, 2010

Hari Tarbiah

Kubang Lembek, 18 Januari 2010 : MPMKUDQI hari ini telah menjayakan satu lagi program mingguan yang telah dilancarkan oleh HEP KUDQI, ustaz Kamaruzzaman Abdullah pada baru-baru ini. Isnin bakal dijadikan sebagai hari yang bertemakan tarbiyyah.

Antara acara yang dijalankan pada hari ini adalah puasa sunat, iftar jamaie dan solat hajat bersempena dengan hari peperiksaan tidak lama lagi. Lajnah Tarbiyyah selaku pengelola program ini telah mengambil inisiatif terbaik untuk memastikan semua pelajar turut serta dalam program ini.

Wakil Lajnah Tarbiyyah ketika ditemui menyatakan, solat hajat ini juga adalah bertujuan untuk mendoakan kesihatan YB Dato' Haji Harun bin Taib yang sedang dirawat di HSNZ sejak dari minggu lepas lagi.

Majlis ini turut diserikan oleh kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Wan Shukhairi Wan Abdullah yang turut memberikan kata-kata semangat buat semua mahasiswa yang akan memulakan peperiksaan sedikit masa lagi. Beliau juga turut mengimami solat Isya' pada majlis itu.

Tuesday, January 12, 2010

Antara Sunnah Dan Tidak Tahu

Assalamualaikum w.b.t

Buat masa sekarang, tugas dakwah menjadi antara yang paling penting dengan kondisi yang ada di Malaysia ini, samada dari sudut mahukan Islam memerintah dan paling tidakpun mahukan Islam kekal di Malaysia dengan tidak menjadikan Islam sebagai agama kedua dalam negara ini pada masa-masa akan datang.

Saya tidak mahu bercakap tentang perkara berkaitan negara atau perlembagaan kerana saya tiada pengetahuan langsung untuk membolehkan saya membahaskannya di sini. Pendek cerita, saya mahu membahaskan tentang pengetahuan seseorang tentang sunnah dalam mengelakkan perkara bid'ah dan adakah pengetahuannya itu atas dasar 'kaji dan tahu' atau 'dengar tanpa kaji dan tahu'.

Contoh mudah, saya bercakap-cakap dengan kebanyakan orang yang berkebetulan mengaji agama berkenaan dengan wirid selepas sembahyang jika kita selaku imam.

"Ana tengok, ramai orang tak buat wirid selepas sembahyang kan? Ma'thurat apatah lagi." Saya memulakan soal.

"Biasalah tu, wirid ni bukan sunnah, masa zaman Nabi dulupun, Nabi tak buat wirid-wirid ni, masing-masing berzikir sendiri dan berdoa dengan mengikut hajat masing-masing" terangnya panjang lebar.

"Oo, tapi kalau ana suh yang tak wirid tu baca bacaan wirid tu, agak-agak enta boleh tak?" Saya menyoal kembali.

"Er.. Yang tu kena buat ujian r sekali, baru boleh tahu mana yang tahu mana yang tidak" jawabnya.

Benar seperti katanya, wirid seperti sekarang ini tidak berlaku semasa Nabi masih menjadi imam sembahyang, ianya berlaku zaman mutakhir ini sebagai cara mengajar makmum yang tidak tahu dan sebagai cara mendidik makmum agar kekal di tikar sembahyang buat seketika bagi meraikan hadith Nabi s.a.w berkenaan istighfar malaikat buat mereka yang tinggal di tempat sembahyang selama mana mereka belum berganjak.

Tapi soalnya, adakah dengan bangun meninggalkan wirid, dan mengatakan bahawa perkara itu sunnah dalam masa yang sama sebenarnya kita tidak tahu bacaan wirid yang dibuat? Ini salah. Suasana masyarakat yang sangat memerlukan bimbingan sekarang ini menjadikan kita wajib mengingati wirid dalam salah satu usaha kita untuk mendidik masyarakat.

Balik ke rumah nanti, pak imam tua yang sudah gok gek-gok gek bacaannya pastilah mahu menyerahkan pula kepada kita si imam muda, tidakkah begitu? (Kecuali kita ini bukan seorang pengunjung surau atau masjid.) Lalu, dengan menggantikan pak imam, takkanlah abang imam seperti kita mahu sewenang-wenangnya mengubah stail mereka yang biasa berwirid dengan serta merta?

Ingat, orang hisap rokok, kalau disuruh berhenti serta merta, pasti perasaan gelisah meresap setiap kali selepas makan, begitu juga wirid. 20 tahun mereka berwirid, tiba-tiba bila kita menjadi imam, kita tidak melakukan wirid, pasti gelisah otai-otai surau kita ini, merasa seperti tidak cukup sempurna solat mereka hari itu tanpa wirid.

Jadi, cara yang sepatutnya digunakan, buktikan dulu kita juga tahu wirid dan apabila sampai ketikanya, beritahulah mereka bahawa sunnahnya sekian-sekian dan wirid ini pula sekian-sekian. Melakukan wirid tidaklah salah dan tidak melakukannya tidak juga salah. Barulah budaya ilmu berkembang dengan tidak ditentang-tentang oleh mereka yang taassub. Perlu kena caranya.

Lihat Almarhum Ahmed Deedat, beliau tidak mempunyai masalah menghafal Bible disamping tidak melupakan al-Quran dan hasilnya, beliau mampu membuatkan musuhnya iqna' dan mengangguk-angguk dengan kebenaran al-Quran. Sebagai yang mempunyai cita-cita sebagai pendakwah, wajib bagi kita meletak asas pengetahuan beraqidah sebagai perkara nombor wahid dalam kepala otak kita. Wajib!

Jadi, permulaannya buat kita di sini, hiasi surau atau musolla kita dengan kehadiran semua, latih diri untuk menjadi imam dan rajin-rajinlah buat homework untuk mendepani makmum-makmum di kampung pula. Jika tidak kita, siapa lagi?

Artikel ini boleh dibaca dengan versi asal di sini .

Sunday, January 10, 2010

Apa Yang Kita Perlu?

Assalamualaikum w.b.t.

Kenapa persoalan tentang keperluan dibangkitkan? Bahkan ianya dibangkitkan secara umum namun ianya menjadi khusus apabila kita sendiri mengaitkannya dengan diri kita dan di mana kita berada. Di PASTIkah, di sekolah rendahkah, menengahkah, kolejkah, kerjakah, rumahkah atau di mana-mana sahaja. Persoalannya satu, apa yang kita perlu sebenarnya?

Saya menulis ini selepas dipelawa untuk menyumbangkan kembali tulisan atau idea yang sebenarnya bukanlah apa-apa sangat, namun daripada membiarkan blog persatuan ini sepi tanpa entri, biarlah saya menjadi 'orang luar' dengan hati masih di sini memulakan sumbangan idea dan fikrah sekadar mampu.

Kembali kepada soalan keperluan, apabila ditanya apa yang kita perlu dan khasnya di Kolej ini (KUDQI), perlu kita kembali menilai sejauh mana kita selaku produk kolej akan dipasarkan.

Mengambil contoh kereta, andainya Proton mahu memasarkan kereta mereka di Amerika, perkara seperti kualiti enjin, perubahan tempat pemandu, ketahanan jentera, model yang menepati cita rasa dan harga yang masuk akal perlu dijadikan keperluan sebelum dilepaskan ke pasaran Amerika. Ini adalah memastikan Proton mampu bersaing dengan kereta-kereta sepantas Ferrari, seanggun Porshe, sekukuh Hummer dan seiring kualitinya dengan Mercedes atau BMW.

Itu kereta, bidangnya adalah permotoran. KUDQI bidangnya pula adalah keilmuan dan keagamaan disamping menjadikan nilai persatuan dan kemasyarakatan sebagai nilai tambah sebelum dipaketkan dan dilepaskan ke dalam pasaran masyarakat. Ada yang mencemuh bahawa jiwanya bukan jiwa bermasyarakat. Lebih senang menyendiri kerana bergaul itu lebih memedihkan dengan kata-kata masyarakat yang berbagai bahkan kata-kata menjatuhkan lebih banyak dari memuji dan menaikkan.

Jika begitu keadaannya, kata-kata masyarakat itu wajib direkodkan dan dibayangi dalam kepala sewaktu sebelum tidur kerana dibimbangi kata-kata masyarakat yang mengkritik kononnya kita ini tak tahu bergaul, tak lepas dari kumpulan kita sendiri, tak ringan tulang dan sebagainya ada asasnya dan kewajarannya. Jadi, kata-kata Saidina Umar wajar dijadikan sandaran :

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، وزنوا أعمالكم قبل أن توزنوا

Saya mencadangkan agar perkara-perkara di bawah ini diberikan perhatian yang sewajarnya untuk diperhatikan oleh Pimpinan Pelajar dan pelajar-pelajar yang mahukan perubahan ke arah kebaikan.

- Ilmu

Sebagai institusi ilmu, perkara awal yang wajib diberikan perhatian adalah kualiti ilmu. Jangan salah faham, bukan maksud saya ilmu yang ada di sini tidak berkualiti tetapi ianya perlu ditingkatkan lagi kerana anda semua tiada bangunan yang indah untuk dibanggakan dan anda tiada fasiliti untuk menarik perhatian massa.

Apa yang anda miliki adalah kekuatan ilmu dengan tidak meninggalkan al-Quran sebagai teras dan menongkatnya pula dengan tiang sekukuh ilmu alat (Nahu, Sorof). Dengan 2 perkara asas ini (Al-Quran dan Ilmu Alat), anda tidak akan mempunyai masalah untuk memahami apa yang anda pelajari. Cuma yang wajib diisi kedalam batang tubuh sang penuntut adalah niat yang betul dan kesungguhan.

- Bermasyarakat

Kita memerlukan masyarakat sebagaimana mereka memerlukan kita. Oleh itu, ringankan tangan membantu dalam apa jua kondisi jika masyarakat sekitar kolej kita atau dimana-mana sahaja memerlukan bantuan.

Ingat, People don't care how much you know until they know how much you care. Masyarakat tidak mempedulikan seluasmana pengetahuan kamu hinggalah mereka tahu betapa hebatnya sikap peduli anda kepada kepada mereka. Oleh itu, usahakan diri anda untuk memberi kerana Allah tidak pernah gagal untuk menilai. Satu hari nanti pulangannya adalah kepada anda. Jika pulangan itu bukan dari manusia, pulangan dari Allah sudah semestinya.

- Halaqah Ilmu

Saya membayangkan, jika saya menggunakan terma usrah sebagai sebagai umpan, rasanya tak ramai yang berselera untuk membacanya kerana sejak dari dulu usrah di tempat-tempat tertentu tidak begitu kreatif untuk mengikat anak-anak usrahnya agar sentiasa rindukan suasana diskusi yang wujud secara langsung atau tidak.

Sebagai pembaharuan, biarlah halaqah atau diskusi ilmu digunakan sebagai pengganti kepada usrah yang saya kira bukanlah menjadi suatu dosa. Oleh itu, pentadbiran KUDQI dan para Pimpinan Pelajarnya perlukan satu badan untuk membangunkan kembali naqib-naqib agar usaha mengikat pelajar dengan ikatan tarbiyyah da000n kasih sayang menjadi realiti. Saya percaya, usaha ini bukan usaha setahun, ianya akan memakan masa. Satu persoalan saya, adakah kita benar-benar mahukan itu atau sebaliknya.

Untuk permulaan, 3 perkara ini sudah memadai. Saya akan susuli dengan tulisan yang bukan mahu menjatuhkan dan mengaibkan, tetapi adalah untuk menaikkan institusi pendidikan jemaah Islam ke mata dunia. Kita hebat bukan kerana kita hebat, tetapi kita hebat kerana Islam yang kita bawa. Peganglah Islam disaat orang lain memandangnya dengan pandangan jelik. Salam Muhasabah.

Juga boleh dibaca di sini.

Tuesday, January 5, 2010

Profile Barisan Pimpinan MPMKUDQI Dan HESIS Bagi Sesi 09’ 10’

Presiden MPMKUDQI

Mohd Khair Bin Shamsuddin
871028-11-5015
Fakulti 2 Usuluddin
“ Apabila seseorang itu hidup dalam perjuangan, nescaya dia akan gembira biarpun masalah yang menimpa dirinya bertalu-talu,ini kerana dia percaya bahawa itu bukan masalah tetapi permainan duniawi yang bakal mengajar dirinya untuk menjadi seorang yang lebih tabah, matang dan tidak lari dari landasan ketentuan ilahi..
Salam perjuangan…


Timb. Presiden 1



Mohd Ibnu Kasir Bin Mohd Nor
890508-11-5181
Fakulti 2 Syariah
“Jagalah niat di dalam setiap perbuatan. Niat boleh berubah kerana suasana dan nafsu yang menggila. Jaga niat, jaga amal, jaga fikiran dan sering-seringlah bersyukur”




Setiausaha Agung MPMKUDQI

Omar Abu Dardak Bin Suhaimi
871101-43-5649
Fakulti 2 Syariah
“Perjuangan itu ibarat air di lautan, adakalanya air pasang dan adakalanya ia surut dan tenang, maka jadilah kita seperti batu karang di dasar lautan yang tidak berganjak walaupun dilanda ombak yang bergelora. Selamat berjuangan wahai sahabat-sahabatku sekalian!”




Bendahari Agung MPMKUDQI


Wan Mohd Rosli Bin Wan Ismail
870520-11-5055
Fakulti 2 Syariah
“ Janganlah kamu berundur walaupun selangkah, janganlah kamu berlari begitu pantas dan janganlah kamu berhenti begitu cepat. Hendaklah kamu berjalan dengan hati yang tenang kerana hidup kita mesti ada perjuangan, perjuangan mesti diteruskan sampai penghujungnya walaupun susah payah kita menghadapinya, Insyallah ada ganjaran yang berlipat ganda dari Allah S.W.T.”



Timb. Setiausaha Agung MPMKUDQI


Mohd Hilmi Bin Abdul Rahman
860817-23-6801
Fakulti 1 Usuluddin
"Hidup di dunia hanya sementara, sedangkan kematian adalah sesuatu yang pasti. Di hadapan kita hanya ada syurga dan neraka. Oleh itu, ikutilah Al-Quran dan jadikanlah taqwa sebagai bekalan untuk mengecapi nikmat syurga dan mudah-mudahan terhindar dari azab neraka.



Ketua HESIS

(Timb. Presiden 2)



Widad Binti Ismail
910820-08-6122
Fakulti 2 Usuluddin
“ Derita perjuangan bukan 1 bebanan, tetapi 1 latihan, gundah perjuangan bukan 1 ancaman tetapi 1 didikan, mehnah perjuangan bukan 1 kegusaran tetapi 1 kekuatan, walau perit manapun perjalanan, kita adalah pejuang. Hati mujahadah, kuatkan diri dan kukuhkan tekad “




Timb. Ketua HESIS


Nurul Ashikin Binti Abdul Jalil
880214-11-5320
Fakulti 2 Usuluddin
“ Perjuangan ibarat tiram di laut, dihiris pasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan, Namun akhirnya dibalas mutiara. Moga terus istiqamah “



Setiausaha HESIS

Aisyah Binti Shafie
900404-11-5028
Fakulti 1 Usuluddin
“ Dalam diari pejuang, tidak ada maslah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan , bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk menjadi hebat, mereka tempuhi dengan dugaan. Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambing kekerdilan kudrat hamba berdepan dengan belaian pencipta sebagai tanda ingatannya, Semoga tabah dalam perjuang “



Bendahari HESIS


Nurul Taqwa Binti Hasbu
900719-11-5946
Fakulti 2 Syariah
“ Belajarlah dengan harapan walau kita tidak mampu untuk bertahan, sedekahkan senyuman walau hati tidak selalu bahagia, teruskan perjuangan hingga ke akhirnya. “






Pengerusi Lajnah Tarbiah


Ismail Bin Ibrahim
800628-11-5483
Fakulti 2 Syariah
“Perjuang menegakkan kebatilan itu dipenuhi dengan kesenangan dan kemewahan duniawi, sedangkan perjuangan menegakkan kebenaran itu diselubungi dengan mehnah dan tribulasi yang memerlukan daya juang yang tinggi.”



Ketua Unit Tarbiah


Nurul Hidayah Binti Mohd Nazir
901220-11-5338
Fakulti 2 Usuluddin
“ Allah hilangkan mentari, kemudian dihadirkan kerlipan bintang-bintang di dada langit. Puas kita menangis agar didatangkan mentari, rupa-rupa Allah mahu hadiahkan kita suatu yang indah. Onak duri yang dilalui bukan untuk selamanya.”



Pengerusi Lajnah Hubungan Luar


Mohd Ibnu Kasir Bin Mohd Nor
890508-11-5181
Fakulti 2 Syariah
“Jagalah niat di dalam setiap perbuatan. Niat boleh berubah kerana suasana dan nafsu yang menggila. Jaga niat, jaga amal, jaga fikiran dan sering-seringlah bersyukur”




Ketua Unit Hubungan Luar


Nur Syuhada Binti Ghazali
860424-46-5152
Fakulti 2 Syariah
“ Banyak halangan yang perlu ditempuhi dalam perjuangan menegakkan islam. Dalam menempuhinya, kita perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Berusaha dengan bersungguh-sungguh. Jangan mudah berputus asa dan sentiasa mengingati Allah, sesungguhnya senjata itu doa bagi orang mukmin.”



Pengerusi Lajnah Akademik



Mohd Syahril Bin Md Sekian
880807-03-6097
Fakulti 2 Syariah
“Orang yang cekal dan tetap pendirian tidakkan tewas dek segala kepayahan, tak kan luntur semangat melawan, biar bumi merekah, biar awan berlaga, walau guruh berdentum, kilat sabung menyabung, namun berpaling tidak sesekali. Ayuh lah kita perjuangkan kebenaran, keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan.



Ketua Unit Akademik


Nurul Najihah Binti Mustafa
901214-11-5726
Fakulti 2 Usuluddin
“ Jangan dipadamkan semangat jiwamu dengan getirnya keputusan, dan jangan pula dinyalakan ia dengan harapan yang bukan-bukan. Sebaliknya, janjikanlah ia dengan kesenangan dalam kesusahannya dan ingatilah ia dengan kesusahan dengan kesenangan.”



Pengerusi Lajnah Infomasi


Mohd Khairul Bin Kamaruddin
851003-06-5535
Fakulti 2 Usuluddin
“Kesihatan, keindahan budi pekerti, kekayaan ilmu dan ketaqwaan bermula daripada menjaga kesucian hati. Kesucian hati dijaga dengan sentiasa mengingati Allah. Ingatlah, setiap kali belajar, bekerja, beribadat dan berjuang mestilah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah. Jadi, penuhilah segenap ruang dalam hati dengan meletakkan keikhlasan pada tempat yang paling tinggi. Sebagaimana hadis nabi yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi : orang-orang yang berbakti, bertaqwa dan bersembunyi jika tidak hadir mereka tidak dicari dan jika hadir mereka tidak dikenali.”

Ketua Unit Infomasi



Nor A’idah Binti Osman
900704-11-5476
Fakulti 2 Syariah
“Berpenat lelah lah kerana sesungguhnya kesenangan itu hadir selepas kepayahan, Jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan sebab demikian hidup itu diciptakan.”






Pengerusi Lajnah Sukan Dan Kebudayaan



Mohd Solahuddin Bin Mohd
Fakulti 2 Syariah
900222-11-5959
"pejuang yang baik adalah pejuang baik hubungannya dengan Allah, maka dengan itu, Allah akan memberikan kepadanya hubungan yang baik dengan orang lain"




Ketua Unit Sukan Dan Kebudayaan



Nurul Ashikin Binti Abdul Jalil
880214-11-5320
Fakulti 2 Usuluddin
“ Perjuangan ibarat tiram di laut, dihiris pasir tercalarlah ia, sungguhpun terluka tapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan, Namun akhirnya dibalas mutiara. Moga terus istiqamah “



Pengerusi Lajnah Ekonomi



Adam Bin Ibrahim
Fakulti 2 Usuluddin
880513-11-5793
“Salam perjuangan buat sahabat-sahabatku, semoga kita dapat menempuh segala cabaran dan dugaan dengan penuh kesabaran dan ketenangan..”






Ketua Unit Ekonomi

Asmaa Nadzirah Binti Mohd Zait
900830-11-5290
Fakulti 2 Syariah
“Belajarlah dengan harapan walaukan tidak mampu bertahan. Sedekahkan senyuman walau hatimu tidak selalu bahagia. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, Hiduplah dalam iman walau dirimu ditempuhi godaan dan berpeganglah pada tali Allah walau dia tidak kelihatan, Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.”


Pengerusi Lajnah Kebajikan


Ikhwan Bin Azam
901202-11-5753
Fakulti 2 Syariah
“Tidak ada istilah berhenti di dalam perjuangan, Sesungguhnya hidupku dan matiku hanyalah untuk islam.”





Ketua Unit Kebajikan


Nurul Jannatul Jihad Binti Ismail
901021-11-5498
Fakulti 2 Syariah
“Ketahuilah sunnah perjuangan bukanlah jalan yang merehatkan, ia penuh dengan dugaan dan ujian yang memeritkan, tapi dihujungnya pasti terdapat kemanisan. Putus asa bukan punca, jemu bukan asbab utama, hakikatnya sejauh mana pergantungan kita kepadaNYA, Selamat berjuang!”